SDI memudahkan anda untuk memenuhi syarat akademik bagi tahap mula sijil selaman scuba anda secara atas talian Anda boleh bermula sekarang, dan apabila selesai, anda boleh menyiapkan sesi pembinaan skil dan latihan akhir selaman di air lepas (open water) di mana-mana Dive Center SDI berdekatan dengan anda. atau di destinasi percutian popular. Mudah kan? Sekarang, mulakan selaman dengan sijil SDI anda.
Get Smart (Bijakkan diri)
Mulakan kursus SDI Open Water anda dan mahirkan semua informasi akademik secara atas talian ataupun di dive shop berdekatan anda. Anda boleh menyiapkan fasa ini melalui pembelajaran kendiri, mengikut rentak sendiri, mengikut kesesuaian samada di rumah ataupun di pejabat anda. Semua kursus eLearning berfungsi di dalam telefon pintar dan juga tablet.
Get Wet (Basahkan diri)
Bagi kursus pensijilan peringkat mula (entry-level) (dan beberapa kelas pendidikan lanjutan), langkah seterusnya adalah untuk melengkapkan latihan kemahiran praktikal anda. Latihan akan dijalankan di dalam kolam renang atau kawasan air tidak berarus (confined water), di bawah seliaan Jurulatih SDI.
Go Diving (Pergilah menyelam)
Langkah akhir adalah untuk melengkapkan bilangan latihan selaman SDI di kawaasan air lepas (open water) di bawah seliaan Jurulatih SDI anda. Anda akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa sesi akademik dan pembinaan skil, di mana mempelajari latihan praktikal hanya boleh diperolehi melalui pengalaman sebenar di kawasan air lepas (open water).
Lihat kursus Junior Open Water Scuba Diver di sini. (Berumur di antara 10 – 14 tahun)
Kursus SDI Open Water Scuba Diver akan merangkumi semua skil dan pengetahuan yang diperlukan untuk selaman skuba kawasan air lepas (open water scuba diving), termasuk:
Setelah berjaya melengkapkan kursus SDI Open Water Scuba Diver, peserta yang lulus akan: